• SOLAT TIANG AGAMA

    Solat merupakan syariat Allah yang diturunkan kepada umat manusia. Ia digelar sebagai tiang agama. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : ( maksudnya ) Pangkal semua urusan adalah Islam, tiangnya ialah solat dan puncak tertingginya ialah jihad ( Riwayat Tarmizi )

  • SOLAT MENDIDIK AKIDAH

    “ Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah tuhan sekalian alam, Tiada sesuatu melainkannya dan dengan itulah aku diperintahkan dan aku termasuk orang-orang terawal Islam ( berserah diri )“ ( Surah al-Anam, 6 : 162 – 163 )

  • MENDIDIK SIFAT SABAR

    يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan cara solat dan sabar, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” ( Surah Al-Baqarah, 2 : 153 )

  • MENUNDUK PANDANGAN

    وَأَقِيمُواْ وُجُوهَكُمۡ عِندَ ڪُلِّ مَسۡجِدٍ۬ وَٱدۡعُوهُ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ‌ۚ “ Dan luruskanlah wajahmu ( dan hatimu ) pada setiap solat dan ikhlaskan niatmu terhadap ketaatan. “ ( Surah al-A’raff, 7 : 29 )

Sample Video

Friday 14 December 2012

Posted by Unknown
1 comment | 06:48
Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti."

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." - Atsar

Ramai mentafsirkan Atsar ini dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi makna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapa nak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyak lagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pemburu harta di dunia.

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah.  Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan.  Orang kaya adalah pembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain.  Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya; atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgit kita dibelanjakan dengan begitu halus dan tereperinci.

Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan akhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagi kita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia hanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi akhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umur dunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandangan jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. Ada di antara orang-orang alim dan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu dengan ibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saat bagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadat supaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yang turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam,  mereka menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.

Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia adalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi di akhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpul harta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masih berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit pun memikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di jalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak.  Orang kaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyak memerlukan sesuatu.

Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terus berbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yang membuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmati kebahagiaannya di akhirat kelak.

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya.. Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita, insyaallah..
Posted by Unknown
No comments | 06:47
Sayidina Ali karramallahu-wajhah pernah berpidato suatu masa, katanya:

Ketahuilah, bahawa kamu semua akan mati, dan dibangkitkan sesudah mati. Kamu akan ditanya dari hal amalan-amalan kamu dan akan dibalas terhadap kesemuanya, maka jangan sampai kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia kerana yang demikian itu diserikan dengan berbagai-bagai bala bencana yang tetap akan menarik kamu kepada kebinasaan.

Semua yang ada pada dunia itu adalah tipudaya semata dan dia akhirnya akan hilang lenyap, bila dia berada denganmu dia adalah penuh tipu muslihat, kesenangannya tidak kekal, dan tiada seorang pun akan selamat dari kejahatannya. Sementara penghuninya dalam keadaan gembira dan sukacita tiba-tiba ditimpa bahaya dan bencana, hal-ehwalnya berubah-ubah tidak tetap, kehidupannya tercela dan kemewahan di dalamnya mempunyai cita-cita yang tak menentu maka dunia akan melemparnya dengan anak panah lalu membinasakannya. Semua orang akan mati mengikut takdir dan ketentuan, tidak lebih dan tidak kurang.

Ketahuilah, wahai hamba-hamba Allah, bahawasanya kamu dan apa yang kamu rasakan dari dunia ini adalah sama sahaja dengan apa yang dirasakan oleh orang-orang yang terdahulu dari kamu, malah umur mereka lebih panjang dari kamu, kekuatan mereka lebih teguh dibandingkan dengan kamu, rumah mereka lebih kukuh, bekas yang ditinggalkan mereka masih kelihatan sampai sekarang, namun suara-suara mereka tidak kedengaran lagi sesudah laungannya bergema begitu lama, tubuh-tubuh mereka hancur luluh, rumah-rumah mereka yang berupa pondok-pondok sudak tidak kelihatan lagi sedang bekas-bekasnya masih tinggal dan terlihat.

Mereka kini telah berubah dari tempat tinggal yang berupa istana-istana yang terindah dengan katil-katil yang terseri dengan bantal-bantalnya yang empuk, bangunan-bangunannya yang tersusun dengan batu-bata yang kilau-kemilau, sekarang berganti kubur-kubur yang berselerak dengan tulang-belulang yang hancur-luluh sebagai tempat tinggalnya orang-orang terbuang yang sangat ditakuti untuk didekatinya, mereka tidak merasa senang lagi dengan perubahan pembangunan yang ada di sisinya, dan tidak berhubung mesra dengan jiran tetangga yang sibuk memakmurkan sekitarannya dengan bangunan dan perubahan di antara teman dengan teman padahal mereka hanya sejengkal sahaja dari tempatnya.

Bagaimana dapat mereka berhubung mesra lagi? Padahal tubuh badan mereka telah dimakan masa, tulang belulang mereka berselerak merata-rata, mereka dahulu hidup gagah sekarang bangkai tidak bernyawa, hidup mereka dahulu mewah sekarang hampa belaka, orang yang rapat menjauhkan diri setelah mereka tinggal di bawah tanah sendiri, mereka tidak akan kembali lagi, jauh panggang dari api.

"Bahkan itulah satu perintah yang telah ditetapkan Tuhan Perkasa, dan di belakang mereka Barzakh, mereka kekal di situ hingga hari mereka dibangkitkan." (Al-Mu'minun: 100)

Mudah-mudahan Allah menggolongkan kami dan kamu dalam kumpulan orang-orang yang beramal dengan isi kitabNya serta menurut jejak langkah para Auliya'Nya sehingga Dia menempatkan kami dan kamu sekalian di dalam syurga yang kekal abadi dengan kurniaNya, sesungguhnya Dia Maha Terpuji Maha Mulia.

Berkata Sayidina Ali karramallahu-wajhah dalam pidatonya:

Aku berpesan kepada kamu supaya banyak bertaqwa kepada Allah dengan membelakangi dunia yang akan meninggalkan kamu meskipun kamu tidak mudah untuk meninggalkannya. Dunia akan menghancur-luluhkan tubuh kamu sedang kamu terus ingin memperbaharuinya. Hanyasanya perumpamaan kamu dengan dunia itu adalah ibarat sekumpulan manusia yang dalam pelayaran, mereka telah melalui satu jalan dan mereka menyangka telah melewatinya, mereka bergantung kepada satu pengetahuan yang mereka ingat telah sampai kepadanya. Betapa ramai orang yang berlari yang sampai ke kemuncaknya, dan betapa ramai orang yang mengharap panjang pada dunia tiba-tiba terpaksa berpisah dengannya. Oleh itu jangan sekali-kali kamu merungut kerana keburukan dunia dan kesusahannya, dan jangan sekali-kali kamu merasa sukaria kerana harta-benda dunia dan kenikmatannya, semua itu akan hilang lenyap daripadamu. Aku rasa hairan melihat orang yang mengejar dunia sedang maut mengikutinya dari belakang. Dia sentiasa lalai yang dirinya akan mati, tidak pernah ingat yang mati itu akan menimpanya.

Isi surat dari Sayidina Ali kpd Salman Al-Farisi:
"Dunia itu adalah seumpama ular, lembut sentuhannya, tetapi bisanya mematikan, maka berpalinglah anda dengan menjauhkan diri dari semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman anda padanya (dunia) kerana (akan menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai anda dari (bahaya) dunia itu."

Kalimat Saiyidina Ali ini merupakan peringatan kpd Salman Farisi pada khususnya dan ummat Islam pada umumnya ttg hakikat pangkat keduniaan. Bukan tidak boleh kita menduduki pangkat keduniaan itu, tetapi beliau memperingatkan supaya pada kita ada ketahanan mental atau ketahanan bathin, sehingga kita dapat mengendalikan pangkat keduniaan itu demi utk keselamatan kita di dunia dan akhirat. Apabila ketahanan mental atau bathin kita tidak ada dalam diri kita, maka kita akan terpengaruh dari kekaguman kita terhadap dunia yang sedang kita pegang.

Oleh sbb itu maka keimanan kpd Allah subhanahu wa ta`ala yang kuat dan mantap adalah sangat diperlukan, sehingga kesusahan dunia dengan segala kepahitannya dapat diatasi, kerana pangkat dunia yang sedang kita hadapi ini adalah berjalan atas niat yang baik, yakni mencari keredhannya dalam erti yang luas.

Pertanyaan sebahagian sahabat kpd Rasulullah aollallahu `alaihi wasallam dalam Hadis Nabi sebagai berikut:
"Siapakah wali-wali Allah yang tidak takut dan gundah? Nabi sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Ialah orang-orang yang selalu memperhatikan bathin dunia pada ketika manusia memperhatikan lahiriah dunia. Dan mereka itu pula mementingkan lahiriah dunia pada ketika ummat manusia mementingkan dunia di waktu sekarang."

Dari Hadis ini, bahawa wali-wali Allah meskipun mereka memegang dunia, apakah mereka merupakan sebagai raja atau seorang yang kaya, mereka itu tidak melihat kepada lahiriah dunia, tetapi mereka melihat kpd bathin dunia itu dan hakikatnya. Sebab mereka mengetahui, bahawa dunia itu tidak abadi, tetapi hanya sebentar sahaja. Sedangkan yang abadi adalah faedah yang mereka dapatkan daripada menempatkan dunia itu pada tempatnya dalam erti 'sebagai alat utk mencari keredhaan Allah subhanahu wa ta`ala'

Berlainan dgn manusia biasa, mereka berlumba-lumba mencari keuntungan dunia sekarang juga tanpa memikirkan keridhaan Allah pada pekerjaannya itu. Sedangkan wali-wali Allah melihat kpd penglihatan yang jauh, yakni masa-masa setelah kita berpisah dengan dunia yang fana', mulai dari alam barzakh hingga sampai ke alam akhirat yang kekal lagi baqa.
Posted by Unknown
No comments | 06:46
"Saidina Ali bin Abi Talib ialah khalifah agung dalam sejarah pemerintahan Islam. Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah Othman Affan, beliau memegang teraju pemerintahan. Peribadi Ali bin Abi Talib menghimpunkan pelbagai kelebihan iaitu sebagai sepupu Nabi Muhammad saw dan menantu Baginda.
Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Beliau dididik dan dibesarkan dalam pangkuan Nabi Muhammad saw, malah tidak pernah berpisah dengannya. Ali ialah seorang daripada pahlawan Islam yang terkemuka dan panji peperangan berada pada tangannya dalam sebahagian besar peperangan. Beliau juga antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Ali menjadi khalifah dan pemimpin umat Islam selepas Saidina Othman Affan gugur syahid. Peristiwa itu berlaku pada 24 Zulhijjah tahun 35 Hijrah. Dengan itu, Ali ialah khalifah pertama bagi umat Islam yang berasal daripada keluarga Bani Hasyim yang juga menjadi nasab keturunan Rasulullah. 
Diriwayatkan oleh Abu Naim dalam al-Hilyah daripada Abu Sahih bahawa Dhuraar Dhamrah mengetahui keperibadian dan cara hidup Ali. Menurutnya, Ali ialah seorang yang amat jauh tujuan hidupnya dan bercita-cita tinggi. Pemikirannya tajam dan amat kuat zahir dan batin. Beliau menjauhkan diri daripada segala hiasan dan kemewahan hidup di dunia. Selalu berpakaian sederhana dan memakan makanan biasa yang tidak semestinya enak dan mahal. Pergaulannya seperti orang biasa walaupun dilantik sebagai pemimpin. Beliau sering bertemu rakyat dan orang ramai tidak ada sekatan atau takut untuk menemuinya. Ali akan menjawab apa-apa yang ditanya kepadanya tanpa perasaan takut dan ragu-ragu. Beliau memuliakan ahli agama dan orang yang warak, di samping menyayangi golongan fakir miskin. 
Sewaktu Ali diangkat menjadi Khalifah, ada penentangnya termasuk puak Muawiyah hingga timbul perang saudara yang menyebabkan ramai terkorban. Akhirnya Saidina Ali dibunuh oleh seorang pengkhianat. Tetapi setelah Ali meninggal, Muawiyah berasa sedih kerana menentang orang yang baik. Dia menyifatkan kewafatan Ali sebagai suatu kehilangan yang amat berharga. Apa yang diucapkan terang dan jelas, adil sewaktu memberi hukuman, ilmu pengetahuannya terpancar dari segenap bahagian badannya. Beliau kuat bekerja tanpa mengira siang atau malam. 
Kata-kata berhikmah lahir dari mulutnya. Apabila tersenyum seolah-olah mutiara indah terpancar dari bibirnya. Ketokohan beliau memang tiada bandingannya. Nasihat beliau juga menjadi pedoman dan panduan umat Islam zaman berzaman. 
- Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu adalah suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak. 
- Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu adalah rasa malu seseorang pada diri sendiri. 
- Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti. 
- Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu. 
- Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia, maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dulu sebelum mengajar orang lain. 
- Dia hendaklah memperelok setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelok lidahnya. 
- Sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia lain. 
- Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya. 
- Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya. 
- Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. 
- Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. 
- Sekiranya kamu letih kerana melakukan sesuatu yang baik, maka keletihan itu akan hilang dan perbuatan baik yang kamu lakukan terus kekal. 
- Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan, maka kamu hendaklah mengulangi dalam membuat kebaikan itu. 
- Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya. 
- Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri. 
- Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan adalah gedung yang tidak akan musnah. 
- Dua nikmat yang sering dilupakan adalah kesihatan dan keselamatan. 
- Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai, tetapi bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. 
- Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan. 
- Tepati janji adalah kembar kepada benar. 
- Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. 
- Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan, manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal. 
- Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika reda, tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah. 
- Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang. 
- Bagi setiap nikmat ada kunci yang membuka dan menyelaknya. Kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas. 
- Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya. 
- Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan
Posted by Unknown
No comments | 06:43

Tok Kenali tidak asing lagi di negara ini,dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani.Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat jolokkan 'Serambi Makkah'.Di samping mengajar,Tok kenali aktif dalam penulisan,urusan kemasyarakan dan juga pemerintahan.Beliau adalah orang penting di belakang penerbitan majalah'Pengasuh'.Pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu kelantan dan Ahli MAjlis(Dewan)Ulama.Tuk kenali berpesan kpada murid2nya antara lain,"Mengaji sungguh-sungguh"dan "Buka pondok".Menurut sumber yang boleh dipegang,Tok kenali mengamalkan Tareqat Ahmadiah.Beliau dikurniakan banyak karamah,kelebihan yng pelik-pelik tetapi benar berlaku.Awang kenali Anak Genius...Seorang anak yang mempunyai nama timangan'Awang'yang baru berusia sekitar enam tahun ketika itu,berusaha menghafaz ilmu yang baru dpelajarinya.Awang memang dianugerahi ALLAH kepintaran disamping mempunyai ingin tahu dan maju yang kuat.Dengan beberapa kali ajar dan biasanya sekali ajar saja,dia dapat menulis dan membaca Al Quran dengan tajwid dan tartilnya...kecemerlangan Awang Mohd Yusof dalam bidang pengetahuan tak berakhir disitu. Untuk memenuhi cita-citanya melanjutkan pelajaran di Kota bharu. Dari situlah bermulanya perjalanan hidupnya yang panjang untuk menguasai ilmu selama lebih 25 tahun termasuk 17 tahun di Makkah dan 5 tahun di Mesir. Dan sebaik pulang dari perantauan menuntut ilmu,mulalah beliau menyumbang bakti pada masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan dan pelajaran.Beliau membuka dua pusat pengajian pondok di kampung kelahirannya,kenali,dalam jajahan Kota Bharu. Disinilah beliau mengasuh dan mendidik,hingga melahirkan tuan-tuan guru yng turut berjuang dengan membuka pondok-pondok pengajian ditempat masing2. .sejak itu masyhurlah seorang ulama berbadan gempal,bermisai,berjanggut serta berjambang dan gemar kepada pakaian serban jubah itu sebgai seorang wali ALLAH dengan gelaran Tok Kenali.Berkat doa dan Asuhan ibu..kejayaan Tok kenali dalam bidang ilmu dan kepimpinan adalah berkat asuhan dan ibunya,seorang wanita solehah bernama Fatimah yang mengharapkan anaknya muncul sebagai seorang yng mulia disisi agama.Tok kenali mendapat bimbingan awal datuk sebelah ibunya,yang dikenali dengan nama Tok Leh,seorang imam kampung yng alim.Datuknya yng mengajar menulis dan membaca Al-Quran selepas kematian bapanya Ahmad,seorang petani warak.Sejak itu bermulalah MOHD YUSOF bin AHMAD yang akhirnya masyhur dengan gelaran ToK KENALI,hidup yatim ketika baru berusia lima tahun(tahun 1873). Di Kota Bharu,beliau belajar dengan beberapa orang tuan guru;anataranya Encik Ismail bin MAhmud(pernah menjadi kadi),Tuan Guru HAji Ibrahim bin Yusof(pernah jadi Mufti kelantan)tuan guru Haji Abdul Samad bin Md Salleh(terkenal dengan gelaran Tuan Tabal),Tuan Guru Haji Muhammad(yang terkenal dengan gelaran Tuan Padang)dan beberapa orang tuan guru lain....Dalam beberapa tahun saja beliau dapat membaca kitab-kitab seperti Al Airrumiyyah,Syarh Ibnu 'Uqail,Al Fiyyah dan Mutamimah,yang semuanya berhubung dengan nahu saraf.Beliau juga khatam banyak kitab dalam jurusan tauhid,Feqah,Tasawuf dan lain-lain.....Tok kenali bertolak ke Tanah Suci dengan kapal layar ketika usia 18tahun(sekitar tahun 1886). Di MAkkah,hampir tujuh bulan pertama Tok Kenali tiada tempat tinggal tetap,hanya menetap di SERAMbi MAsjidil Haram...Tuk kenali belajar dengan ramai tuan guru dari kalangan ulama-ulama besar di Mekah. Antara gurunya yng berbangasa Arab ialah Al 'Alamah Syeikh HAbibullah dari mesir,Al 'Alamah Syeikh 'Abid,Mufti Al Malikiah,Al 'Alamah Syeikh Muhamda Amin,imam bagi mazhab HAnafi,Al'Alamah Syeikh Bakri,Al'Alamah Syeikh Mohd Yusof Al khiadh dan Al 'Alamah As Sayid Abdullah bin Sayid Saleh As Zawawi,MUfti Makkah.. Dan diantara guru-gurunya yng berbangsa Melayu ialah Asy Syeikh Mukhtar 'Akthar Al Jawi Al Minangkabawi Al Bukri(Bogor),Asy Syeikh Ahmad bin Abdul Latif Al Minangkabawi,Asy Syeikh Muhammad bin ISmail Al FAtani,Tuan Guru Haji Wan Ali kutan,Tuan Guru HAji Md.Daud dan Al Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Mustaffa Al FAtani..........Guru dan pembimbing Tuk kenali yang Utama ialah Al'Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Zain bin Mustafa Al Fatani,yang juga menjadi bapa angkatnya.. Syeikh Wan Ahmad ini seorang Ulama besar yang banyak mengarang kitab serta menjadi pentashih pada banyak kitab karangan ulama Jawi, khususnya kitab-kitab karangan ulama Pattani....Syeikh Ahmad Fatani ialah anak saudara pada 'Alamah Asy Syeikh Daud Al Fatani menerusi nasab ayahnya Muhammad Zain yng abang kpada Syeikh Daud. Syeikh Daud adalah ulama terkemuka di Nusantara,pembawa amalan Tareqat Syatariah.Beliau mengarang lebih 50 buah kitab termasuk kita Furu'il Masail dan Darussamin...Berkat ramainya ulama hebat yang menjadi guru kepada Tok Kenali semasa di Mekah maka beliau muncul sebagai ulama pakar dalam berbagai bidang jurusan ilmu khususnya nahu saraf dan tasawuf. Malah dalam jurusan feqah,beliau alim empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jammah dan sangat arif tentang perjalanan mazhab ikutannya iaitu Mazhab Syafi'i. Dibidang Tasawuf,Tok kenali adalah pengikut aliran tasawuf Hujjatul Islam Imam Al Ghazali, manakala bidang tauhid,beliau berpengang dengan aliran ulama usuluddin yang terkemuka, Imam Abu HAssan Asyaari dan Abu MAnsur Al Maturudi..Setelah 17 tahun di Mekkah,Tuk Kenali bersama gurunya Syeikh Wan Ahmad Al FAtani melawat Mesir. kedatangannya mereka menjadi buah mulut khususnya para pelajar."Ulama Besar" sedang membuat kunjungan di Mesir..begitu dihebohkan oleh orang ramai. Tok kenali sering diberi peluang menjawab soalana2 dalam majlis pengajian gurunya.Semua soalan dijawabnya dengan tepat dan padat sehingga nama Tok Kenali segera terkenal dikalangan penuntut2 di Mesir.Secara langsung Tok kenali diktiraf sebagai ulama terkemuka dikalangan cerdik pandai Mesir.Walaupun hanya lima tahun di Mesir,Tok Kenali banyak menimba ilmu dan pengalaman dinegara yng mempunyai ramai ulama dan terkenal dengan Universiti Al Azhar. Di Ringkas cerita lagi..Tok kenali mengadakan kelas pengajian terbuka untuk orang ramai dirumahnya.Anak muridnya bertambah ramai,maka mereka mendirikan pondok-pondok kecil disekeliling rumahnya untuk mengikuti kelas pengajian beliau,sembahyang berjemaah, berwirid dan beramal.Dalam masa yang sama,Tok kenali mengajar di Masjid Al Muhammadi di kota Bharu,yang ketika itu terkenal sebagai pusat pengajian tinggi.Beliau berpegang pada falsafah bahawa dakwah,tarbiah dan ilmu perlu disebarluas kpada orangramai......Nama Tok Kenali masyhur sebagai Tuan Guru yang mahir dalam ilmu nahi dan saraf serta tasawuf. Beliau juga menguasai ilmu Tafsir,Hadis,Tauhid,Feqah dan sebagainya..Tok Kenali lazimnya mengajar tanpa membawa kitab;cukup sekadar mendengar salah seorang anak muridnya membaca,kemudian beliau akan syarahkan dan betulkan jika ada bacaan yang silap..Antara kita-kitab yang dijadikah teks pengajiannya ialah Ihya Ulumiddin karya Imam Al Ghazali, Sirrus Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Al Palembangi dan kitab Hikam karangan Ibnu Ato'illah. Setelah 23 tahun hidup sebatang kara,barulah Tok Kenali mencari pasangan hidup pilihannya bernama Siti Ruqayah,seorang janda muda berusia 18 tahun,sedangkan umur Tok Kenali 40tahun ketika itu.BErkat perkahwinan yng bahagia,mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata.Anak lelaki beliau semuanya muncul ssebagai tuan guru.Mereka adalah ; 1.Tuan Guru Haji Ahmad,anak sulung,mendapat bimbingan dari ayahnya..Beliau terkenal dengan gelaran Tok Bangkok kerana rumah tempat tinggalnya dikenali bersebelahan dengan pondok penuntut dari Siam yang terkenal dengan kota Bangkok. 2.Tuan Guru Haji Salleh,anak Tok kenali yang paling lama belajar di MAkkah dan terus bermukim disana serta mengajar Di MAsjidil HAram.Beliau seorang pengarang dan telah mengarang lebih 60 buah kitab dan risalah mengenai berbagai persoalan agama. 3.Tuan Haji Mahmud,Anak ketiga Tuk kenali,seorang yang tidak kurang juga ilmunya,menjadi khatib tetap dimasjid peninggalan ayahnya. 4.Tuan Haji Abdullah Zawawi,anak bongsu Tok Kenali yng mendapat didikan di Makkah sehingga keperingkat menenngah tinggi dan seterusnya memasuki kuliah Syariah disalah sebuah universiti di Makkah selama 4 tahun dan lulus pada tahun 1961,kemudian berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi sebagai pegawai pendidikan dan pernah jadi pengetua dibeberapa buah sekolah menengah di Arab Saudi. Diantara anak2 murid Tok Kenali yang terkemuka ialah:Syeikh Idris Al Marbawi dari Perak,pengarang dan ulama terkenal(penyusun kamus Marbawi),Syeikh Othman Jalaluddin,guru pengasas pondok yng warak dan juga seorang pengarang kitab,berasal dari penanti,Hj.Sallehuddin,pulau pinang,Hj Tam,kedah,Tuan Guru Hj Othman(Pak Man),bukit besar,Tuan Guru Ahmad Lundang,Hj Ahmad Tawang,Hj Nor Bot,Hj ALi ,pulau pisang,Hj Mat Jebang,Tuan Guru Hj Awang Yusof pembangun pondok ditanah Serendah sekebun Bunga,Tuan Guru Hj Daud bin Hj Omar,Bukit Abal,ahli tasawuf dan tariqat yang terkemuka,tuan Guru Hj Yaakub bin ismail,Legor,selatan thailand.Tuan Guru Hj Zainal Abidin Sura dan ramai lagi anak murid Tok Kenali yang hebat2 daripada ribuan anak murid beliau... .Dengan kata-kata Tok Kenali yng sering mengalakkan anak2 muridnya membuka pondok,maka mercu tumbuhlah pondok2 pengajian dengan pesat sekali...Selain menubuhkan Pondok Tok Kenali,beliau juga pengasas Jamiatul Asriyah.Pendidikan Pondok Tok Kenali....Tok Kenali menekankan teknik menghafaz pelajaran terutamanya Nahu saraf yang menjadi ibu bagi memahami kitab-kitab Arab.Begitu juga Balaghah,Bada'i,Bayan,dan Arudh.Baginya ilmu itu ialah apa yang difahami dan dingati didada,bukan semata-mata dalam tulisan dikitab.Penekanan ini mendorong anak2 muridnya bertungkkus-lumus menghafaz terutamanya pada malam2 sepi dipondok penginapan masing2.....Ramai muridnya berkata"Berkat Tok Kenali,mudah kami menghafaz pelajaran."NAmun Tok Kenali tak pernah memarahi pelajar2 yang lemah dalam pelajaran atau tak mampu menghafaz....kerana cerdik dan bod*hnya seseorang itu semuanya pemberian Allah s.w.t....Tok kenali terus mendidik dan mengajar.Sewaktu mengajar,Tok Kenali selalunya tak bawa kitab. Cukup dengan mendengar salah seorang muridnya membaca,kemudian disyarahkan dan dibetulkan dimana yang silap.kelaziman ini membuktikan bahawa beliau sabgat arif tentang semua matan dan syarah kitab2 yang diajarnya...Banyak Tuan-tuan guru yang lain mengikuti dan meniru caranya mengajar.. Pada keseluruhannya Tok Kenali berpegang kpada cara pendidikan rohaniah yang dipegang oleh Hujjatul ISlam Imam Al Ghazali.Ini dapat dilihat pada teks pada pengajian tasawufnya yng kebanyakkan karang Imam Al Ghazali.Mengajar kitab Hikam karangan Ibnu Ato'illah yng banyak membicarakan perjalanan hati dan para wali...KITAB-KITAB PENGAJIAN...Semua kitab yng menjadi teks pengajian dipondok Kenali adalah kitab-kitab yng muktabar karangan Ulama-ulama aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah..Antara kitab-kitab itu ialah;TAUHID: Antaranya MATAN AL JAUHARAH AL TAUHID KARYA IMAM IBRAHIM AL LAQANI,MAtan As Sanusiyah karya Imam Muhammad B.YUsof As Sanusi,Kitab Akidah An Najin dan seterusnya kitab2 yng lebih besar seperti Darus SAmin dan lain.......FEQAH:Antaranya Kitab Matan Safinah An NAja,Fathul Qarib,At TAhrir dan Al Iqna',KItan-kitab besar seperti Al MAjmu' dan Al Umm,kitab induk Imam Syafi'i r.a....TASAWUF: Antaranya kitab Bidayah Al Hidayah karangan Imam Al Ghazali,Hidayah As Salihin(Syarah kitab Bidayah Al Hidayah)karangan Syeikh Abdul Samad Al PAlimbangi,Sirus As Salikin(intisari kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam Al Ghazali)juga karangan As Syeikh Abdul Samad Al palimbangi dan tidak ketinggalan kitab Al Hikam karangan ibnu Ato'illah.TAFSIR:ANTARANYA Tafsir Jalalaian karangan Jalaluddin Al MAhalli dan JAlaluddin As Sayuti,Tafsir ;Ala Al Jalalaian dan Tafsir Al Khazin bertajuk Lubab At Ta'wil Fi Ma'ani At Tanzil.BAHASA ARABTERUTAMANYA NAHU SARAF)antaranya kitab-kitabnya MAtan Al Ajirrumiyah,Matan Al BIna,Syafh Ibnu 'Uqail,Matan Al Fiyyah dan syarahnya.Seterusnya kitab Usymuni dan Mughni Al Labib karangan Ibnu Hisyam. KARAMAH TUK KENALI: BANYAK cerita karamah Tuk Kenali:Antaranya; 1.Tok Kenali benci amalan jahiliah berlaga kerbau yang masih menjadi kegemaran orang zaman itu.Satu hari,riuh-rendah orangramai berpesta meraikan kemenangan kerbau milik Tok Deramin.Kerbau itu dipakaikan baju berhias.Kebetulan bertembung dengan tuk kenali,lalu beliau bertanya,"kenapa dipakai2 macam ni?Orang disitu menjawab secara mempersenda,"kerbau tu panas"Tok kenali pun membalas jawapan dengan berkata,"Biar dia panas."an pada malamnya rumah Tok Deramin termasuk bangsal kerbaunya terbakar hangus... 2.Ada seorang yng menjala ikan tak dapat2 sebarang jenis ikan,lalu bertembung dengan Tok Kenali.Lalu dipegangnya sambil menepuk2 jalanya itu.Selepas itu orang itu menjala dengan sekali campak(tebar)saja sudah dapat sungguh banyak ikan.... 3.Pernah berlaku beberapa kali anakmuridnya mendapati Tok Kenali menyeberangi sungai tanpa dilihat melalui jambatan ataupun menaiki perahu..Cerita ini amat panjang...DAn Tok Kenali pula berjalan cepat sehingga anak-anak muridnya selalu ketinggalan.. 4.Tuk Kenali dikatakan ada Firasat yang benar.Ini dapat dibuktikan dengan ramalannya yang betul2 berlaku.Sabda Rasulullah s.a.w.,maksudnya:"Takutilah firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan Nur(Cahaya)Allah."\Pernah Tok kenali memberitahu,"Jepun akan menjajah Tanah Melayu."Ternyata lapan tahun selepas beliau kembali kerahmatullah,bangsa bermata sepet itu masuk menguasai Tanah Melayu...Tuk kenali juga pernah memberi amaran supaya bersiap sedia kerana banjir besar akan me;anda kelantan.Beliau berkata,"Aku ada alamat akan berlaku bah besar.kerana itu kamu bersiap sedialah...."Setahun kemudian berlakulah bah besar seperti dikasyafkan kepada ToK Kenali dengan 'bah merah',yng tertera dalam catatan sejarah penting negeri kelantan;berlaku pada Disember 26,1926.Air sungai kelantan melimpahi tebing dan menenggelamkan bandar kota Bharu,hingga 12 hari baru surut.Banyak jiwa terkorban,binatang ternak mati,rumah serta bangunan yang rosak..(Beberapa hari selepas berlaku bah besar ini,berlaku pula kebakaran besar dikota Bharu)...... BIDANG PENULISAN: Dengan inisiatif Tok Kenali sebagai tenaga penggerak lahirlah majalah bulanan yng dipanggil pengasuh pada julai 1918....,PUsaka Tuk Kenali...Selain menjadi tenaga penggerak Pengasuh,Tok Kenali juga adalah penasihat dan penulis bagi majallah Islam,Al Hidayah.Dalam bidang penulisan ilmiah,Tok Kenali telah berusaha menterjemahkan kitab Al Umm dan Tafsir Al Khazan walaupun terjemahan kedua-dua kita itu tak sempat disiapkan sepenuhnya...Usaha penterjemahan itu adalah atas permintaan Sultan Kelantan sendiri menerusi surat bertarikh 15 April 1929 pada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.Bagi peringkat rendah pula,Tok Kenali menyusun kitab pelajaran nahu saraf(Tasrif)yang kemudiannya diterbitkan oleh muridnya Tuan Guru Hj Ali Solehuddin dengan judul Ad Durus Al Kunaliyah Al Ibtidaiyah dan TAsrif 'Arf yng disusun oleh muridnya Syeikh Othman Jalaluddin.Risalah pelajar (buletin)Talamiz...Tuk Kenali adalah juga pengarang kepada kitab khasiat Bintang2 dan Mujarrabat menggunakan nama pena AWANG KENALI.....
Posted by Unknown
No comments | 06:41
WACANA Syeikh Ahmad Muhammad Zain al-Fatani: Pemikir Agung Melayu berjaya memancing perbahasan menarik mengenai ketokohan Syeikh Ahmad, ulama besar kelahiran Pattani yang hidup pada 1856 hingga 1908 Masihi. Syeikh Ahmad ditonjolkan sebagai tokoh pemikir Melayu yang ‘dizalimi’ umatnya kerana hanya dibicarakan selepas 100 tahun pemergiannya sedangkan kebijaksanaan tokoh silam itu wajar diteladani oleh pemimpin negara Islam. Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM, Dr Abdull Rahman Mahmud, sebagai pembahas melihat ‘penzaliman’ Syeikh Ahmad terjadi kerana penguburan sistem tulisan jawi di negara ini hingga mengakibatkan segala khazanah tinggalan beliau terkubur sama. “Jika kita tidak jaga, kita juga bakal menyaksikan bahasa Melayu turut berkubur kerana sikap pihak tertentu yang terpegun mahupun mengagumi bahasa asing dan sekiranya ini terjadi bangsa Melayu akan mundur 200 tahun lagi,” katanya. Wacana anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Jumaat lalu, dipengerusikan Dr Fauzi Naim Badaruddin, turut dihadiri pemegang Kursi Pengajian Melayu di Victoria University of Wellington, Prof Dr Ungku Maimunah Mohd Tahir. Abdul Rahman memaklumkan meskipun Syeikh Ahmad berada di Mesir, beliau tidak pernah terputus hubungan dengan bangsa dan Dunia Melayu serta menyedari ancaman penjajah lalu menekankan kepada raja mahupun rakyat mengenai perkara itu. Kesungguhan Syeikh Ahmad dan pelajarnya untuk melihat bangsa Melayu bangkit dapat dilihat melalui usaha mereka menubuhkan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang bukan saja menawarkan kelas belajar bahasa Inggeris tetapi juga pengajian sekolah agama. “Masalah sosial yang dihadapi masyarakat hari ini kerana kita menganggap sekolah Arab sebagai tradisional dan tiada nilai tamadun. Kita sepatutnya menekankan kepentingan menguasai pelbagai bahasa tanpa mengetepikan kepentingan agama. ” katanya. Pensyarah Fakulti Islam UKM, Anwar Zainal Abidin, sebagai pembahas II senada dengan Abdul Rahman apabila menyatakan penekanan sains dan teknologi yang dihebohkan kini pernah disuarakan ulama Muslim Asia Barat. “Pentingnya penguasaan ilmu sudah diperkatakan ulama Muslim pada pertengahan abad ke-19 dan Syeikh Ahmad antara tokoh rantau Nusantara yang menekankan kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan dan reformasi pendidikan,” katanya. Tokoh itu dikatakan menyedari perlunya membina kekuatan diri bagi menghadapi ancaman dan cabaran luar serta yakin kejayaan Eropah menguasai dan mempengaruhi Dunia Islam kerana mereka terkedepan dalam ilmu terutamanya sains dan teknologi. “Syeikh Ahmad sendiri membabitkan diri dalam ilmu sains seperti kimia dan perubatan serta menulis mengenainya di samping beliau turut menekankan kepentingan pemerintahan yang adil lagi saksama,” katanya. Setiausaha Himpunan Pencakna Budaya Kelantan, Zaidi Hassan, sebagai tokoh yang memperkatakan Syeikh Ahmad yakin ulama terbabit menduduki tempat istimewa dalam sejarah bangsa Melayu. Ini kerana Syeikh Ahmad meninggalkan pelajar yang memainkan peranan besar di seluruh pelosok rantau Melayu dan sesetengahnya muncul sebagai ulama terbilang, penggerak masyarakat yang berjaya dan pentadbir berjasa. Zaidi ketika memperkatakan Syeikh Ahmad Muhammad Zain al-Fatani: Pemikir Agung Melayu mengemukakan 10 fakta bagi menyokong kenyataannya berhubung sumbangan tokoh terbabit: 1. Memulakan kerja pentashihan dan percetakan kitab warisan Melayu karangan ulama sebelum beliau. 2. Menyediakan kerangka bekerja secara berpersatuan dan beliau memulai dengan menubuhkan Jam’iah al-Fataniyyah di Makkah iaitu organisasi Melayu yang pertama. 3. Membuka jalan berfikir yang subur untuk menerima perubahan dan kemajuan secara luaran dan mengekalkan faham akidah dan pengalaman fikah berdasarkan ajaran klasikal secara dalaman. 4. Menyediakan pemikiran yang strategik dalam menghadapi cabaran dan bukan bergantungan kepada kekuatan atau kekerasan semata-mata. 5. Mendedahkan pelajar Melayu kepada perkembangan di luar lingkungan dengan mengadakan rehlah bersama pelajar ke Syam, Mesir, Istanbul dan mendedahkan mereka kepada akhbar dan majalah, suatu yang tidak pernah dilakukan penuntut ilmu zaman itu. 6. Menjadi tempat rujukan pembesar dan orang awam dari kawasan Melayu. 7. Menitikberatkan kesedaran mengenai kepentingan bahasa dan sejarah bangsa. 8. Mendorong ahli masyarakat bersangka baik dan menerima ajaran tasawuf Islami, termasuk amalan tariqah yang mu’tabarah. 9. Meninggalkan kitab dan karangan bernilai ilmu yang tinggi serta perlu disebarluaskan kepada ahli masyarakat 10. Meniupkan semangat mencintai bangsa dan tanah air di atas dasar tuntutan agama. Pada sesi soal jawab, dapat dilihat ketrampilan dan ketokohan Syeikh Ahmad yang diabaikan sekian lama diakui dua peneliti Dunia Melayu dan Islam yang hadir sama dan mengikuti wacana dengan penuh minat. Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Dr Uthman el-Muhammady, meletakkan Syeikh Ahmad sebagai integrated Muslim intelectual kerana beliau bukan saja menguasai ilmu agama tetapi juga dunia. “Beliau intelektual yang akar umbinya sangat teguh dalam tamadun Melayu dan ada siasah ulama. Beliau sedia belajar, memahami dan ada wibawa sebagai ulama mahupun cendekiawan. Memahami hal semasa, fikah, tasawuf, bahasa dan budaya bangsanya,” katanya. Bekas Pensyarah Jabatan Persuratan Melayu (JPM), UKM, Dr Shafie Abu Bakar, pula melihat sumbangan Syeikh Ahmad tertimbus kerana beliau berada di luar lingkaran Dunia Melayu. “Orientalis tidak menggali sumbangan Syeikh Ahmad kerana beliau berada di Makkah sedangkan tradisi Pattani sama hebat dengan Aceh yang ada ramai ulama dan jumlah karya mereka jauh lebih banyak berbanding tokoh Johor Riau, Raja Ali Haji,” katanya. Kedengaran juga nada curiga Dr Shafie dan Abdul Rahman terhadap orientalis Belanda, CS Hugronje, dalam ‘menenggelamkan’ tokoh Islam tetapi tidak dipersetujui Zaidi kerana beliau pernah meneliti sejumlah surat yang diutuskan ulama Acheh kepada Hugronje mengenai masalah kelakuan masyarakat Islam bandar itu.
Posted by Unknown
No comments | 06:39
Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini." Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut. Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan. Ketua paderi berkata, "Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu." Jawab Abu Yazid, "Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan." Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat. Kata Abu Yazid, "Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?" Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi," Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. "Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit." Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, "Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat." Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka. Kemudian ketua Paderi menjawab "Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH." Tegas ketua paderi. Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, "Memang benar kata ketua kamu ini." Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya. "Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu." "Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi. "Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi. "Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu. "Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!" Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam! Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami 1. Yang satu tidak ada duanya. Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya. 2. Yang dua tiada tiganya. Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam. 3. Yang tiga tiada empatnya. Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta'ala. 4. Yang empat tiada limanya. Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. 5. Yang lima tiada enamnya. Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh. 6. Yang enam tiada tujuhnya. Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga. 7. Yang tujuh tiada lapannya. Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga. 8. Yang lapan tiada sembilannya. Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat. 9. Yang sembilan tiada sepuluh. Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik. 10. Sepuluh yang sempurna. Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna. 11. Yang sebelas. Saudara-saudara Nabi Yusof AS. 12. Yang dua belas. Bilangan bulan dalam setahun. 13. Yang tiga belas. Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas. 14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga. Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta. 15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka. Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka. 16. Tempat roh dalam badan manusia. Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku. 17. Al Zariyati Zarwa. Nama empat macam angin. 18. Al Hamilati Wakra. Awan gemawan di dada langit. 19. Al Jariyati Yusra. Perahu-perahu yang belayar di laut. 20. Al Mukassimati Amra. Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban. 21. Yang empat belas. Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat." 22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya. Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala. 23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh. Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya) : Demi subuh apabila ia terlepas. 24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi. Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman AS di dalam botol iaitu air peluh kuda. 25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan. Kibas yang di bawa Jibril AS sebagai korban ganti Nabi Ismail AS, unta Nabi Salleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa AS. 26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk. Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai. 27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi. Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil. 28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat. Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat. 29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh. Tongkat Nabi Musa AS. 30. Wanita yang paling utama. Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran. 31. Gunung yang paling utama. Gunung Tursina. 32. Binatang yang paling utama. Kuda. 33. Bulan yang paling utama. Bulan Ramadhan. 34. Malam yang paling utama. Lailatul Qadar. 35. Tentang Atta'mah. Hari Kiamat. 36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan. Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat. 37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji. Bahtera Nabi Noh Alaihissalam. 38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu. Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar. 39. Nakir, fatil dan kitmir. Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih. 40. Sabid dan Labad. Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi. 41. Sam dan Ram. Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS. 42. Maksud keldai Makwak. Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya. 43. Maksud anjing menyalak. Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa. 44. Maksud jeritan kuda. Kuda menjerit bermaksud : Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat. 45. Maksud jeritan unta. Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku. 46. Maksud nyanyian burung Bulbul. Nyanyian Bulbul bermaksud : Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang. 47. Maksud bunyi katak. Bunyi katak bermaksud : Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya. 48. Maksud kata-kata burung Nakus. Maksud kata-katanya : Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit? 49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat. Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah Taala (ertinya): Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih. 50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam. Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.
Posted by Unknown
No comments | 06:33
.:: MUTIARA KATA IMAM AL GHAZALI ::. * Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan.... bukan pada manisnya ucapan di bibir...tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doa.... * Seseorang yang kehilangan hasrat untuk mengetahui ilmu adalah semisal orang yang kehilangan nafsu makan, atau seperti orang yang suka makan roti yang bercampur dengan tanah liat * Jika seseorang tidak mengetahui jiwanya sendiri yang paling dekat kepadanya, maka apa gunanya ia menuntut pelbagai macam ilmu yang beraneka ragam itu? * Apabila cinta kepada Allah sudah sempurna, maka tidak ada sesuatu kesenangan yang dapat melebihi kesenangan dalam melakukan ibadah. * Alam yang maha luas ini adalah kitab,syair,lukisan,ukiran dan bangunan yang penuh keindahan dan rahsia.Tidak terbatas tentunya limu dan kekuasaan Penciptanya.Setiap yang indah itu dicinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu.Bahagialah orang yang telah sempurna cintanya kepada Dia.Kesempurnaan cintanya itu ialah kerana ia menginsafi tanasub (persesuaian) batin antara dirinya dengan Dia. * Membantah sesuatu keterangan sebelum mengerti benar-benar hakikat keterangan itu, hanya akan menjadi bantahan serampangan saja. * Ilmu hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada dunia.barangsiapa takut akan hal ini, maka ia tidak akan melepaskan yang lebih utama untuk mengambil yang nista. * Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. * Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya. * Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati
Posted by Unknown
No comments | 05:41
Posted by Unknown
No comments | 05:11
Posted by Unknown
No comments | 03:34
Adalah saya Fauzahamin (sebagai Penulis dan Pemilik blog ini) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Tegasnya, maklumat dan artikel dalam blog ini adalah hasil buah fikiran dan pandangan peribadi penulis dan ia bukanlah mewakili jabatan atau badan yang diwakili.

Sekian, terima kasih

Sunday 9 December 2012

Posted by Unknown
No comments | 06:40
Posted by Unknown
4 comments | 06:37

Posted by Unknown
No comments | 06:36
Posted by Unknown
No comments | 06:25

Posted by Unknown
No comments | 06:19


Posted by Unknown
No comments | 06:11


Posted by Unknown
No comments | 05:42

Langkah /Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan/
Kaedah
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid


Set induksi
(5 minit)

Bacaan doa




Guru melekatkan kad gambar
(orang sedang bersolat)
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTM2JK_ByqJcDIDnBICpBo4ym7Rc3YyVtbWsxWx1VMxeUgCBP79

Guru meminta murid-murid membaca doa memulakan pelajaran.


1.Guru bersoal jawab dengan murid mengenai pengetahuan sedia ada murid.


Contoh:
1.     -Apakah yang kamu tahu tentang gambar ini?
2.     Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.


Murid-murid diminta membaca doa memulakan pelajaran secara kelas.

1.Murid memberi respon kepada soalan guru dengan menjawab pertanyaan guru.
     
     Contoh:
         1. Orang sedang solat
        2. Duduk tahiyat awal
     
         Murid mendengar dan mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh guru.
     


BBM:
Gambar  orang sedang bersolat

Teknik:
Penyoalan
(cungkil idea)
Soalan terbuka kepada murid

Nilai:
Berani mencuba

Perkembangan1
(10 minit)

(Rukun Fii’li dalam solat)
Perlakuan Solat:

-Berdiri tegak
-Takbiratul ihram
-Membaca
  Al-Fatihah
-Rukuk
-Iktidal
-Sujud
-Duduk antara
  dua sujud
-Duduk tahiyat
  awal
-Duduk tahiyat
  akhir
 -Memberi salam

1. Guru melekat dan mempamerkan carta perlakuan solat.

2.Guru membaca perlakuan solat yang terkandung dalam carta tersebut.

3.Guru memberi penerangan tentang perlakuan solat.



4.Guru bersoaljawab dengan murid tentang gambar perlakuan solat secara individu.

5.Guru membentang tikar sebagai sejadah. Guru memanggil beberapa orang murid untuk melakukan simulasi / tunjuk cara perlakuan solat berikut:

i. Berdiri tegak
ii. Takbiratul Ihram
iii. Membaca Al-Fatihah
iv. Rukuk



6.Guru menunjuk kad imbasan perlakuan solat dan menyoal murid.


7.Guru memanggil murid melakukan perlakuan solat  berdasarkan gambar mengikut arahan guru secara individu dan kumpulan.

5.Guru meminta murid menyebut dan melengkapkan kad perkataan perlakuan solat kepada gambar yang betul.


1.Murid melihat carta yang dipamerkan guru.

2.Murid mengikut bacaan guru membaca perlakuan solat.

3. Murid mendengar penerangan guru dan bertanya pada perlakuan solat yang kurang jelas.

4.Murid menjawab pertanyaan guru secara individu.


5.Murid melihat guru membentang tikar sebagai sejadah.
Murid-murid yang dipanggil oleh guru dalam kelompok kecil tampil di hadapan untuk melakukan simulasi berikut:
i. Berdiri tegak
ii. Takbiratul Ihram
iii. Membaca Al-
    Fatihah
iv. Rukuk

6. Murid menyatakan perlakuan solat berdasarkan kad imbasan.

7.Murid melakukan perlakuan solat secara individu dan kumpulan.




5.Murid menyebut dan meletakkan kad perkataan bagi gambar perlakuan solat yang betul.


BBM:
*Carta perlakuan solat

*Kad gambar

*kad perlakuan solat

*Tikar



Teknik:
Penerangan/
Latih tubi menyebut/ melakukan demonstarsi/ simulasi/ tunjuk cara

Nilai:
Berdisiplin








Bimbingan dan tunjuk cara daripada guru




Peneguhan guru setiap aktiviti murid


Perkembangan2
(10 minit)

Melengkapkan gambar perlakuan solat.

-Berdiri tegak
-Takbiratul ihram
-Membaca
  Al-Fatihah
-Rukuk
-Iktidal
-Sujud
-Duduk antara
  dua sujud
-Duduk tahiyat
  awal
-Duduk tahiyat
  akhir
-Memberi salam

1.Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan mengedarkan kad carta solat dan sampul kecil
(Aktiviti berkumpulan)

2.Guru meminta murid melengkapkan gambar perlakuan solat dengan betul.

3.Guru meminta murid mempersembahkan hasil kerja mereka di hadapan.




4. Guru meminta murid-murid menyebut perlakuan solat secara latih tubi.




1.Murid berada dalam kumpulan. Setiap kumpulan mendapat satu set kad carta solat dan satu sampul kecil.

2.Murid cuba menyelesaikan tugasan yang diberi di dalam kumpulan.

3.Murid mempersembahkan hasil kerja mereka di hadapan. Dan guru membuat semakan



4.Murid menyebut perlakuan solat secara latih tubi mengikut kumpulan dan secara kelas

BBM:
*Kad gambar
*Kad perkatan perlakuan solat
*Kad aktiviti kumpulan

Teknik:
Menentukan maklumat
(menjana idea)

Latih tubi perkataan


Nilai:
Bekerjasama
Bertolak ansur


Penutup
(5 minit)

Rumusan isi pelajaran

Aktiviti penilaian kendiri secara individu.
1.Guru mengedarkan lembaran kerja individu kepada semua murid.

2. Guru meminta murid menulis perlakuan solat yang betul bagi gambar yang diberi.

3.Guru mempamerkan semula carta solat dan meminta murid menyebut perlakuan solat secara kelas  sebagai pengukuhan.

4.Guru memberi ulasan secara menyeluruh berkenaan isi pelajaran.


5.Guru menyuruh dan menasihatkan agar semua murid sentiasa mengerjakan solat lima waktu.





1.Semua murid menerima lembaran kerja pengukuhan.

2.Murid menulis perlakuan solat berdasarkan gambar.


3.Murid meyebut semula perlakuan solat yang ditunjukkkan oleh guru secara kelas.

4.Murid mendengar ulasan guru berkenaan isi pelajaran pada hari ini.

5.Murid mendengar nasihat guru




BBM:
*Kad gambar
*Kad perkataan perlakuan solat


Pentaksiran
1.Menulis perlakuan solat dengan betul.
*Lembaran kerja (individu)





Teknik:
Latih tubi aktiviti


Nilai:
Berdikari


Nilai murni:
Sentiasa melakukan solat

Renungan

Akhlaq kita pada hari ini adalah proses tarbiyyah yang akan kita berikan kepada anak-anak kita. Jadi, untuk berhajatkan sesuatu kenikmatan memperoleh anak-anak soleh solehah, 'keperitan' bermujahadah menjadi insan yang soleh solehah itu perlu ditekankan. Orang selalu pandang remeh soal ini, hakikatnya perbuatan kita hari ini natijahnya pada hari kemudian. Mencari yang soleh sebenarnya lebih susah dari Menjadi yang solehah. Apabila Mencari, kita tercari-cari tetapi apabila Menjadi kita tahu apa yang perlu kita jadi... wahai diri..Solehahlah pada kalam dan perbuatan. Ya Allah..bantulah aku bermujahadah, ahai Pendampingku.. Pimpinlah aku menuju Jannah bersamamu.."

Followers

Maklumat Terkini

Statistik Pelawat