Solat merupakan syariat Allah yang diturunkan kepada umat manusia. Ia digelar sebagai tiang agama. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : ( maksudnya ) Pangkal semua urusan adalah Islam, tiangnya ialah solat dan puncak tertingginya ialah jihad ( Riwayat Tarmizi )
“ Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah tuhan sekalian alam, Tiada sesuatu melainkannya dan dengan itulah aku diperintahkan dan aku termasuk orang-orang terawal Islam ( berserah diri )“ ( Surah al-Anam, 6 : 162 – 163 )
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan cara solat dan sabar, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” ( Surah Al-Baqarah, 2 : 153 )
وَأَقِيمُواْ وُجُوهَكُمۡ عِندَ ڪُلِّ مَسۡجِدٍ۬ وَٱدۡعُوهُ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَۚ “ Dan luruskanlah wajahmu ( dan hatimu ) pada setiap solat dan ikhlaskan niatmu terhadap ketaatan. “ ( Surah al-A’raff, 7 : 29 )
0 comments:
Post a Comment