Jika mahu dibandingkan dari sudut kebijaksanaan dengan Allah :
لِّلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِۗ وَإِن تُبۡدُواْ مَا فِىٓ أَنفُسِڪُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ (٢٨٤)ُ
“ Kepunyaan Allah segala yang ada dilangit dan di bumi, dan jika kamu melahirkan atau menyembunyikan semuanya dalam perhintungan Allah. Allah mengampunkan orang yang dikehendaki dan mengazab orang yang dikehendaki “ ( Surah Al-Baqarah, 2 : 284 )
Sifat perhambaan ini akan melahirkan individu yang bersih hati dan ikhlas amalnya. Individu yang solat dengan penuh penghayatan akan menyedari walau siapapun mereka, mereka adalah hamba Allah yang hina dihadapannya. Tiada siapa yang mengetahui siapa lebih mulia daripada siapa dalam kalangan muslim, kerana tiada nilaian harta, pangkat, keturunan dan keilmuan di hadapan Allah selain daripada taqwa. Firman Allah s.w.t. :
إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ
“ Sesungguhnya orang paling mulia disisi Allah adalah orang paling bertaqwa ”
( Surah al-Hujurat, 49 :13 )
Apabila seseorang individu itu menyedari betapa hinanya diri disisi Ilahi, maka dalam hatinya akan terbuang dengan sendirinya sifat takabbur yang membesarkan diri, kerana dia menyedari bahawa semua kelebihannya adalah daripada Allah. Begitu juga dengan sifat riak atau menunjuk-nunjuk kerana semua amalan hanyalah kerana Allah, membuang sifat ujub atau merasa diri hebat, bijak dan berkemampuan kerana menyedari semuanya pemberian Allah. Begitu juga sifat-sifat mazmumah lain. Dengan itu akan masuklah kedalam hati sifah al-khayr, ihsan, taqwa, amanah, benar dan sabar serta sifat-sifat mahmudah.
0 comments:
Post a Comment